Kita Tak Sama


Permulaan kita tak sama,
Mana mungkin jalan kita akan sama.

Kita mungkin berselisih
Bertemu sebentar, 
Berkerjasama sekejap
Mungkin berkongsi jalan yang sama kemudiannya.

Satu yang pasti
Jalan kau dan aku
Ada suratannya tersendiri.
Kerana pulangnya kita ke negeri abadi juga sendiri.

Kita pasti diuji
Ringan atau berat
Ujian itu tertulis
Khas buat diri kita sahaja.

Tak terpakai untuk orang lain.
Tak dapat dirungkai dan diharung oleh orang lain.
Melainkan kita
Kutip semangat
Lalu berdiri sendiri.


Comments