Skip to main content

Posts

Featured

Kita Tak Sama

Permulaan kita tak sama, Mana mungkin jalan kita akan sama. Kita mungkin berselisih Bertemu sebentar,  Berkerjasama sekejap Mungkin berkongsi jalan yang sama kemudiannya. Satu yang pasti Jalan kau dan aku Ada suratannya tersendiri. Kerana pulangnya kita ke negeri abadi juga sendiri. Kita pasti diuji Ringan atau berat Ujian itu tertulis Khas buat diri kita sahaja. Tak terpakai untuk orang lain. Tak dapat dirungkai dan diharung oleh orang lain. Melainkan kita Kutip semangat Lalu berdiri sendiri.

Latest Posts